DOA JIKA KUCING HILANG BAGI ORANG ISLAM

Salam...
Arini sy nk kongsi pengalaman kucing hilang..memang sedih yang tak terkata bila sesuatu yang kita sayang tiba-tiba hilang..apatah lagi si comel yang selalu tidur dengan kita..teman rapat yang mampu buat kita bahagia..yang sudah dianggap sebagai sebahagian daripada ahli keluarga..HILANG!
Kucing sy hilang dua hari yg lepas..memang air mata jatuh mencurah-curah..hehe..abis satu taman sy dan husband pusing berkali-kali..tak cukup dengan tu pergi lak pekan yang hampir dengan rumah..namun tak juga jumpa..tapi kami tak berputus asa..maybe da orang buang kucing kami!..pergi lak cari kat pasar harian..biasanya orang suka buang kucing di pasar..tapi tak jugak jumpa si comel kami..waktu tu dah malam n husband cakap dah lapar maklum la dari tadi tak makan lagi..kami pergi makan dulu kat kedai makan pasal kedai tu suka bagi makan kucing yang tak bertuan..tapi yang kami cari tak da kat situ..pas makan kami pergi cari lagi..
Dah lewat malam kami pun terpaksa la berserah dan pulang ke rumah walaupun hati masih lagi ingat kat kucing tu..sok nak kerja..
Kat rumah sy search doa mencari barang yang hilang kat internet..sy jumpa website ni

http://wwwikhlas.blogspot.com/2012/04/doa-n-amalan-barang-hilang.html
dan
http://www.islamituindah.my/kaifiat-bacaan-surah-yaasin-untuk-mengembalikan-barang-hilang

Doa ni untuk kita cari barang yang hilang..kucing pun buleh yang penting kita yakin pada Allah yang Maha Esa..

Saya baca doa ni..

Mula2 solat hajat,selepas salam baca dengan yakin:
YAA ALLAHU YAA SHAAHID( Ya Allah Yang Maha Melihat) sebanyak 100kali.

Kemudian baca doa ini
'' Ya Jaamia'an Naasi Li Yaumil Laa Raiba Fiih, Ijma' 'Alayya Dhoollatii
(Ya ALLAH,Yang Mengumpulkan Manusia pada hari yang tidak ada keraguan padanya,kumpulkanlah apa2 yang hilang kepadaku semula''

Kemudian baca surah Yassin

Alhamdulillah dengan izin Allah masa sy baca surah Yassin kucing sy dah da di depan pintu rumah..dia dah balik..sy tak tau nak ucapkan macam mana lagi betapa sy bersyukur pada Allah SWT kucing sy yang hilang telah dikembalikan..itulah kuasa tuhan..pada Allah SWT tempat kita memohon pertolongan..

Jika anda mengalami perkara yg sama sy sarankan buatlah solat hajat dan banyakkan berdoa pada Allah SWT. Inshaallah dengan izin Allah SWT akan dipertemukan semula dengan kucing yang hilang tu atau pun pe saja barang berharga kita yang hilang..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.