Kenali Kucing

Kucing berasal dari spesis Felis silvestris catus..mamalia karnivor..haiwan yg makan daging2..Kucing adalah pemburu yang mahir sepertimana harimau dan singa. Kucing berasal dari keturunan kucing hutan yang dijinakkan..Kucing berkomunikasi sesama sendiri dengan mengelurkan bunyi miowww..purr..atau dengan cara isyarat badan "body language"..Hubungan manusia dan kucing dikatakan telah terjalin sejak kira-kira 9500 tahun yang lalu..Hubungan manusia dan kucing ini menyebabkan kucing dipuja di dalam dongeng dan legenda dari beberapa bangsa, contohnya Mesir Purba, Viking dan juga Cina.




Dalam sejarah Islam, Abu Qatadah berkata bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang perumahan)," [Hadis Riwayat At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah].



Keistimewaan kucing adalah ia boleh melompat atau jatuh dari tempat yang tinggi..tanpa berlaku kecederaan..ini disebabkan tenaga kinetik semasa kucing jatuh dapat diserap oleh otot-otot yang meliputi kerangka kucing (tulang kecil yang banyak)...Tulang-tulang ini adalah :


* 1. leher, terdiri dari 7 buah tulang (vertebrae cervicalis)
* 2. bahu, tulang belikat (Scapulla)
* 3. tulang punggung, 13 vertebrae thoracalis
* 4. tulang punggung, 7 vertebrae lumbalis
* 5. tulang punggung, 3 tulang vertebrae sacralis bergabung menjadi satu
* 6. tulang panggul (ischium)
* 7. tulang paha (femur)
* 8. fibula (tulang betis)
* 9. tibia (tulang betis)
* 10. pergelangan kaki (tarsus)
* 11. telapak kaki (meta tarsus)
* 12. jari (phalank)
* 13. tulang ekor, 18-23 tulang vertebrae coccigea
* 14. tempurung lutut (patella)
* 15. tulang rusuk
* 16. telapak tangan (meta carpus)
* 17. cakar
* 18. pergelangan tangan (carpus)
* 19. ulna (tulang tangan)
* 20. radius (tulang tangan)
* 21. humerus (tulang siku)
* 22. tulang dada (sternum)
* 23. rahang bawah (mandibula)
* 24. rahang atas (maxilla)
* 25. tulang kepala

1 comment:

  1. KUCING BOLEH MELIHAT DI DALAM GELAP


    kucing mempunyai kebolehan iaitu dapat melihat dalam gelap..ini kerana dibelakang matanya terdapat tapetum lucidum..Ianya bertindak seperti cermin yang memantulkan cahaya dan membuatkan mata kucing menghasilkan cahaya

    >info dari : kittykrafty.com<

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.